Monday, 30 July 2012

Kisah Musafir Mumtaz







Sungguh Indah ciptaan Allah.Andai kita dapat melihatnya dengan mata dan hati yang mengenangkan kebesaranNya.Hamparan lautan yang begitu luas,deruan ombak yang menghempas pantai,langit biru yang tiada penghujungnya,kilauan bintang yang bersinar di malam hari,saat terbit dan terbenamnya matahari,tumbuh-tumbuhan yang menghijau menghiasai alam,kicauan burung yang menyerikan di pagi hari,lapisan warna warni pelangi yang menghiasi awan,dan sebagainya.

SubhanAllah al azim..Saudaraku yang ku kasih dan yang sentiasa akan ku doakan agar bersama kita sebagai hamba Allah mendapat berkat dan redhaNya dalam kehidupan ini.Aku ingin berkongsikan pengalaman aku ketika bermusafir di satu tempat ciptaan Allah yang tidak pernah aku sampai sebelum ini dan kini aku telah menjejakkan kaki di sana.Sabah Negeri di bawah bayu nama yang indah seperti indahnya ciptaan Allah di sana.


Sebenarnya niatku ingin kesana sudah lama terpendam,namun kita sebagai hamba Allah hanya mampu merancang sesuatu, hakikatnya Allah jua yang menentukan segalanya untuk kita.Alhamdulillah sedar ataupun tidak kini aku telahpun menjejakkan kakiku ini ke sana.Syukur alhamdulillah hajatku di terima Allah yang Esa.


Musafirku bermula di Kedah darul aman.bersama seorang sahabat yang juga seorang anak kelahiran sabah yang berbangsa bajau.baik akhlak dan budi pekertinya,mempunyai bakat dalam berhujah ataupun berkata-kata,berpengalaman dalam berprogram dan sebagainya.inilah kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya.Syukur alhamdulillah aku diberikan peluang dan juga ruang masa untuk aku juga sama2 berkongsi ilmu dengannya. Andai kita berukhuwah dalam pertemuan dan perpisahan kerana Allah insyaAllah mudah-mudahan diberkati dan diredhaiNya.


akan bersambung******







No comments:

Post a Comment