Thursday, 2 August 2012


                                          

Jom sama2 saksikan dialog perbualan di atas dan sama2 kita menghayati mesej yang ingin disampaikan kepada kita semua..:) 


Salam Ukhuwah..

Wednesday, 1 August 2012

Ramadhan Mentarbiahkanku









Bagi yang menghayati erti Ramadhan ianya akan memanfaatkan masa2nya di bulan yang mulia ini dengan tidak mensia2 siakannya.Ramadhan mendidik supaya menyemai sifat sabar,tawadhuq pada Allah,mengikis sifat mazmumah dan menyemaikan sifat mahmudah dalam diri untuk menjadi hamba yang bertaqwa pada Allah Rabb Al-Jalil.


Timbul pertanyaan dalam diriku,andai ramadhan kali ini Allah memberikan masa padaku untuk merasainya.apakah ramadhan yang berikutnya aku akan diberikan peluang sekali lagi untuk bertemunya?wallahua'alam..Allah lebih mengetahui segalanya.Namun jika ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir,kau berikanlah kekuatan iman padaku ya Allah untukku menjalaninya dengan lebih baik dari yang sebelumnya demi mencapai rahmat,pengampunanmu dan juga redhamu ya Allah.

Masa berlalu begitu pantas.Benarlah perumpamaan mengatakan ''masa itu emas'' jika kita tidak memanfaatkannya rugilah kita kerana ianya tidak pernah sesekali menunggu kita walaupun sesaat.Hari ini entah mengapa tiba2 aku terfikirkan masa2ku dalam kehidupan seharianku.Apakah aku telah menggunakannya dengan sebaik yang mungkin?hurmm..jika masa itu boleh di undurkan akan kuperbetulkan segala kekhilafan..tapi segala2nya telah ditetapkanNya.


Wahai saudaraku yang kukasihi,Muhasabah diri itu sebenarnya perlu bagi kita setiap insan yang bergelar hamba Allah.Apakah kita sering memuhasabahkan diri kita yang kerdil ini? sebenarnya kita  insan yang lemah,tidak lari dari melakukan dosa kepadaNya.Sungguh kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.Hari ini Allah menghadirkan Ramadhan kepada kita semua, satu bulan yang cukup istimewa,terkandung seribu rahmat padanya,keampunan yang dijanjikan buat hambaNya yang beribadah dengan penuh keimanan dan keikhlasan dan sebagaiNya.


Begitulah anugerah Allah kepada ummat kekasihNya Nabi Muhammad saw.Sebenarnya Allah tidak pernah sesekali melupakan kita.Kita lihat pada hari ini,saat ini Allah masih memberikan kita kehidupan,kesihatan,mata sehingga kita masih lagi boleh membaca dan melihat,telinga untuk kita mendengar,tangan untuk kita menulis dan sebagainya.


Saudaraku yang kukasihi,pernahkah saudara mengenali apa itu erti syukur?kadang kadang seringkali kita mendengar orang melafazkan syukur'' syukur Alhamdulillah" apabila mendapat sesuatu yang baru dalam hidup ataupun sebagainya, namun sejauh manakah yang kita faham erti syukur yang sebenar?Apakah cukup dengan hanya kita melafazkan sedemikian sahaja?Saya katakan tidak.Itu masih belum cukup untuk meletakkan kita sebagai hamba yang bersyukur kepadaNya.


Saudaraku,aku juga hamba yang lemah tanpa bimbingan dari Allah,dan aku juga tahu kalian juga pasti berfikir juga sepertiku apakah aku ini seorang insan yang bergelar hamba kepada Allah Rabb Alamin merupakan seorang yang selama ini bersyukur kepada Allah ataupun tidak?Aku tinggalkan persoalan ini untuk sama2 kita memuhasabahkan diri di bulan yang mulia ini.Saudaraku,ketahuilah sekarang ini kita semua ini bukan lagi masih meniti di tangga permulaan tetapi dengan apa yang terjadi di sekeliling kita sekarang ini,sedar ataupun tidak menggambarkan kepada kita semua,bahawa kita sedang menuju kepada tangga yang berada di penghujung.


Saya suka untuk berkongsikan sebuah hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh bukhori&muslim nabi saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang mukmin yang melihat dosanya,bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuathir tergelincir jatuh,adapun orang fasik dalam melihat dosanya bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya maka diusir begitu sahaja".


Sekian,Salam Ramadhan&Salam Jumaat.















Tuesday, 31 July 2012

Secebis Kenangan


gambar kenangan pertandingan debat perpaduan universiti putra malaysia 

                                                
(dari kiri duduk: hassan mumtaz selaku menteri ke2 kabinet pembangkang dan kanan berdiri:azahari selaku menteri 3 menteri pertahanan.)

                                                            (4 JULAI-7 JULAI 2012)

Salam mahabbah buat semua saudaraku yang kukasihi.Doaku agar saya dan kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah dan redhaNya InsyaAllah..Gambar di atas adalah semasa  di pertandingan debat perpaduan di Universiti Putra Malaysia Kuala Lumpur.Abu Hassan Abd Rahman(Hassan Mumtaz) dan juga bersama sahabat seperjuangan saudara Azahari Samlin.Memang satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.Buat kali pertamanya mewakili IPT (kuin) seramai 4 orang dalam pertandingan seperti ini.walaupun pengalamanku dalam berdebat ini hanyalah sekali sahaja sewaktu aku berada di tingkatan 4 dulu sewaktu dibangku sekolah iaitu di pertandingan debat ala parlimen, tidak kuduga pada kali ini Allah memberikan ku peluang untuk mencuba ke pertandingan debat antara ipt ini bersama sahabat2 yang lain.Terima kasih Ya Allah kerna memberikan ku peluang untuk menyertainya.Alhamdulillah..

Monday, 30 July 2012

Kisah Musafir Mumtaz







Sungguh Indah ciptaan Allah.Andai kita dapat melihatnya dengan mata dan hati yang mengenangkan kebesaranNya.Hamparan lautan yang begitu luas,deruan ombak yang menghempas pantai,langit biru yang tiada penghujungnya,kilauan bintang yang bersinar di malam hari,saat terbit dan terbenamnya matahari,tumbuh-tumbuhan yang menghijau menghiasai alam,kicauan burung yang menyerikan di pagi hari,lapisan warna warni pelangi yang menghiasi awan,dan sebagainya.

SubhanAllah al azim..Saudaraku yang ku kasih dan yang sentiasa akan ku doakan agar bersama kita sebagai hamba Allah mendapat berkat dan redhaNya dalam kehidupan ini.Aku ingin berkongsikan pengalaman aku ketika bermusafir di satu tempat ciptaan Allah yang tidak pernah aku sampai sebelum ini dan kini aku telah menjejakkan kaki di sana.Sabah Negeri di bawah bayu nama yang indah seperti indahnya ciptaan Allah di sana.


Sebenarnya niatku ingin kesana sudah lama terpendam,namun kita sebagai hamba Allah hanya mampu merancang sesuatu, hakikatnya Allah jua yang menentukan segalanya untuk kita.Alhamdulillah sedar ataupun tidak kini aku telahpun menjejakkan kakiku ini ke sana.Syukur alhamdulillah hajatku di terima Allah yang Esa.


Musafirku bermula di Kedah darul aman.bersama seorang sahabat yang juga seorang anak kelahiran sabah yang berbangsa bajau.baik akhlak dan budi pekertinya,mempunyai bakat dalam berhujah ataupun berkata-kata,berpengalaman dalam berprogram dan sebagainya.inilah kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya.Syukur alhamdulillah aku diberikan peluang dan juga ruang masa untuk aku juga sama2 berkongsi ilmu dengannya. Andai kita berukhuwah dalam pertemuan dan perpisahan kerana Allah insyaAllah mudah-mudahan diberkati dan diredhaiNya.


akan bersambung******







Sunday, 29 July 2012

Semaian Kasih & Ukhuwah



Saudaraku yang kukasihi..Allah Ta'ala  telah berfirman di dalam al qura'an al karim dalam surah ali imran ayat 103 yang bermaksud:"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai,dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara,sedangkan (ketika itu ) kamu berada di tepi jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.Demikianlah Allah menerangkan ayat2Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk".


Bersatu atas jalan Allah, demi mengharapkan berkat dan redhaNya.Wahai saudaraku,jika hari ini kita bermusuhan, marilah kita berdamai.. bersamalah kita tautkan tali kesepaduan demi masa depan generasi kini dan akan datang..jangan sampai kesepaduan ummat bertukar lumat, jangan sampai kesejahteraan negara bertukar sengsara dan keharmonian bangsa bertukar binasa,biar kita berbeza pendapat tetapi kekal sepakat.InsyaAllah.


Menjadi harapan untukku menyaksikan
ummat yang bertuah ini kembali bersatu hati
buangkan yang keruh ambillah yang jernih
tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan


Lupakanlah segala persengketaan
hubungkan kembali tali persaudaraan
kerna orang beriman itu bersaudara
saling bertolong bantu berkasih mesra
agar generasi kita di masa hadapan
bangga dengan apa yang kita wariskan


Bersatu kita teguh Bercerai kita roboh
yang berat sama dipikul yang ringan dijinjing sama
sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

RAMADHAN ALMUBARAQ

Salam alaik' kepada semua saudaraku yang aku kasih dan sayang..Harapanku moga saya dan juga kalian sihat dan sentiasa diberkati Allah.Alhamdulillah segala pujian selayaknya diberikan kepada Allah S.W.T..Tuhan pentadbir seluruh alam yang Maha Mengetahui segala2nya.


Saudaraku yang ku cintai.Bulan ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan.Bulan yang penuh dengan Rahmat.Bulan yang dijanjikan Allah MaghfirahNya ya'ni keampunan bgi hamba2nya yang bertaqwa.Begitu pantas masa berlalu.Sedar ataupun tidak jika lihat pada taqwim islam kini kita telah berda pada tahun 1433 hijrah.Ramadhan adalah 1 bulan yang penuh dengan barakahNya,dimana pada bulan ini juga kita sebagai ummat Islam diwajibkan berpuasa selama 1 bulan.Seperti mana Firman Allah Ta'ala di dalam Al Qura'an al karim surah al baqarah ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang2 yang beriman telah diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa seperti mana yang telah diwajibkan ke atas orang2 yang terdahulu dari kamu agar kamu menjadi insan yang bertaqwa".


Saudaraku yang kukasihi,banyak kelebihan yang terkandung di dalam bulan Ramadhan ini yang perlu kita semua ketahui.Pelbagai hikmah dan juga ganjaran2 pahala yang besar dijanjikan Allah sepanjang bulan bulan Ramadhan yang dihadirkanNya kepada kita sebagai hambaNya.Seperti mana sabda Nabi s.a.w. di dalam sebuah hadis yang bermaksud: " Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh keikhlasan akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu".SubhanAllah.besarnya ganjaran Allah pada hamba2Nya yang berpuasa di bulan Ramadhan.Pelbagai lagi kelebihan2 yang ada pada puasa ramdhan yang tidak saya sebutkan disini.Namun saudaraku yang kukasihi, sesungguhnya janji Allah itu benar pada hamba2Nya..SesungguhNya Allah itu tidak memungkiri janji.Bersama2 lah kita wahai saudaraku mendapatkan keredhaan Allah di dalam kehidupn kita ini sebagai persediaan kita di akhirat nanti untuk bersama2 menduduki Syurga Allah yang dijanjikan kepada hamba2ya yang beriman dan bertaqwa.


Akhir kalam sebarang kekurangan yang ada itu hadirnya pada diri ini sendiri dan kelebihan itu hadirnya dari Allah Ta'ala.Hanya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada di dada.di curahkan kepada yang ingin membaca untuk manfaat kita bersama agar bersama menjadi insan yang berguna di sisiNya.Amin..

Friday, 13 January 2012

DARI OTHMAN BIN AFFAN :

BARANG SIAPA YANG MENINGGALKAN DUNIA, MAKA IA AKAN DICINTAI OLEH ALLAH TA'ALA,BARANG SIAPA YANG MENINGGALKAN DOSA,MAKA IA AKAN DCINTAI OLEH PARA MALAIKAT,BARANGSIAPA YANG MENINGGALKAN SIFAT RAKUS,MAKA IA AKAN DICINTAI OLEH KAUM MUSLIMIN"