Wednesday, 1 August 2012

Ramadhan Mentarbiahkanku









Bagi yang menghayati erti Ramadhan ianya akan memanfaatkan masa2nya di bulan yang mulia ini dengan tidak mensia2 siakannya.Ramadhan mendidik supaya menyemai sifat sabar,tawadhuq pada Allah,mengikis sifat mazmumah dan menyemaikan sifat mahmudah dalam diri untuk menjadi hamba yang bertaqwa pada Allah Rabb Al-Jalil.


Timbul pertanyaan dalam diriku,andai ramadhan kali ini Allah memberikan masa padaku untuk merasainya.apakah ramadhan yang berikutnya aku akan diberikan peluang sekali lagi untuk bertemunya?wallahua'alam..Allah lebih mengetahui segalanya.Namun jika ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir,kau berikanlah kekuatan iman padaku ya Allah untukku menjalaninya dengan lebih baik dari yang sebelumnya demi mencapai rahmat,pengampunanmu dan juga redhamu ya Allah.

Masa berlalu begitu pantas.Benarlah perumpamaan mengatakan ''masa itu emas'' jika kita tidak memanfaatkannya rugilah kita kerana ianya tidak pernah sesekali menunggu kita walaupun sesaat.Hari ini entah mengapa tiba2 aku terfikirkan masa2ku dalam kehidupan seharianku.Apakah aku telah menggunakannya dengan sebaik yang mungkin?hurmm..jika masa itu boleh di undurkan akan kuperbetulkan segala kekhilafan..tapi segala2nya telah ditetapkanNya.


Wahai saudaraku yang kukasihi,Muhasabah diri itu sebenarnya perlu bagi kita setiap insan yang bergelar hamba Allah.Apakah kita sering memuhasabahkan diri kita yang kerdil ini? sebenarnya kita  insan yang lemah,tidak lari dari melakukan dosa kepadaNya.Sungguh kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.Hari ini Allah menghadirkan Ramadhan kepada kita semua, satu bulan yang cukup istimewa,terkandung seribu rahmat padanya,keampunan yang dijanjikan buat hambaNya yang beribadah dengan penuh keimanan dan keikhlasan dan sebagaiNya.


Begitulah anugerah Allah kepada ummat kekasihNya Nabi Muhammad saw.Sebenarnya Allah tidak pernah sesekali melupakan kita.Kita lihat pada hari ini,saat ini Allah masih memberikan kita kehidupan,kesihatan,mata sehingga kita masih lagi boleh membaca dan melihat,telinga untuk kita mendengar,tangan untuk kita menulis dan sebagainya.


Saudaraku yang kukasihi,pernahkah saudara mengenali apa itu erti syukur?kadang kadang seringkali kita mendengar orang melafazkan syukur'' syukur Alhamdulillah" apabila mendapat sesuatu yang baru dalam hidup ataupun sebagainya, namun sejauh manakah yang kita faham erti syukur yang sebenar?Apakah cukup dengan hanya kita melafazkan sedemikian sahaja?Saya katakan tidak.Itu masih belum cukup untuk meletakkan kita sebagai hamba yang bersyukur kepadaNya.


Saudaraku,aku juga hamba yang lemah tanpa bimbingan dari Allah,dan aku juga tahu kalian juga pasti berfikir juga sepertiku apakah aku ini seorang insan yang bergelar hamba kepada Allah Rabb Alamin merupakan seorang yang selama ini bersyukur kepada Allah ataupun tidak?Aku tinggalkan persoalan ini untuk sama2 kita memuhasabahkan diri di bulan yang mulia ini.Saudaraku,ketahuilah sekarang ini kita semua ini bukan lagi masih meniti di tangga permulaan tetapi dengan apa yang terjadi di sekeliling kita sekarang ini,sedar ataupun tidak menggambarkan kepada kita semua,bahawa kita sedang menuju kepada tangga yang berada di penghujung.


Saya suka untuk berkongsikan sebuah hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh bukhori&muslim nabi saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang mukmin yang melihat dosanya,bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuathir tergelincir jatuh,adapun orang fasik dalam melihat dosanya bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya maka diusir begitu sahaja".


Sekian,Salam Ramadhan&Salam Jumaat.















No comments:

Post a Comment